Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai
Buloh telah memulakan operasi pada tahun 1993. Terletak berhampiran pekan
Bandar Baru Sungai Buloh berdekatan dengan Pasaraya ‘The Store’ dan juga
berhampiran dengan Hospital Sungai Buloh.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai
Buloh terletak di sempadan antara daerah Petaling dan Gombak. Walaupun SMK
Bandar Baru Sungai Buloh terletak di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah
Petaling tetapi dalam hal urusan Pendidikan, ia adalah di bawah urusan dan pengelolaan
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.
Pembinaan SMK BBSB telah dibiayai oleh Bank
Dunia. Mula dibina pada awal tahun 1992 dan beroperasi pada 1 Disember 1993
dengan penempatan pelajar 980 orang yang ditempatkan di tingkatan Peralihan, 1,
2, 3 dan 4 dengan 44 orang guru di bawah pentadbiran seorang pengetua. SMK BBSB
terletak kira-kira 20 km dari Kuala Lumpur merupakan sebuah sekolah dibawah
pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.
Tuan Pengetua
En. Abdul Hakim bin Kassim
Tuan Pengetua
En. Abdul Hakim bin Kassim
Gambar Sekolah
No comments:
Post a Comment